hEllo,i'm a didie noxious tulang belakang dulu,kini.selamanya Credits!
| #apanama satu kerlingan, sekali pandangan, aku terpana. jentikan itu aku rasa; sepi sayu hiba ada juga senyum dan bahagia. mata, hidung, telinga, rambut, dari sisi semuanya sama, hatta tatkala aku jenuh memandang, kau intai dari hujung mata, juga sama. apa lagi mampu aku ragu, rasa itu belum mati, benci itu belum pasti, sekali pandang aku mahu lagi. malam tadi, aku menjadi manusia berpegang pada kalau. malam tadi, aku menjadi manusia berendam air mata risau. malam tadi, aku menjadi manusia yang mula berfikir menjangkau. apa ini cinta lama, apa ini cinta pandang pertama, atau rasa itu ada sebab kisah lama yang derita, derita pada kata dan rasa, tapi hati aku mahu beritahu kau seeloknya dalam jiwa. Allah, aku pohon; jika dia, jika rasa, jika bahagia, jika ada peluang kedua, bagi aku ruang sebenar rasa, bagi aku ruang sebenar jiwa, bagi aku ruang luah kata bukan sekadar aksara, agar akhirnya aku ketemu bahagia sebenar-benarnya. ya aku jatuh cinta. tapi belum tahu, rasa dulu atau yang baru. aku pohon pada Kau semahu-mahu. |