//i'm a noxious,didie noxious !
hEllo,i'm a didie noxious

trying hard to make wonderful memories



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! take a look of a noxious :D


tulang belakang dulu,kini.selamanya

setiap nafas dihela,tanda nikmat Allah buat kitaa hambaNya


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: DIDIE NOXIOUS
Others:   


kekasih hatiku

suka.gembira.bahagia.
suka meninggalkan.
gembira melambai pergi.
bahagia saat kaki melangkah.

rupanya;
bacaan aku tersekat.
kiraan aku salah.
ramalan aku tersasar.

lima tahun setengah.
rupanya tempohnya lama.
lama hingga kasih itu utuh.
utuh bertaut tanpa aku sedar...

hati ini rapuh.
jiwa ini kacau.
lagi bilau bila Allah beri aku ruang.
ruang melihat sudut kesedihan atas pemergian.

di bumi hijau kuning itu;
Allah susun aku insan terakhir pergi antara kami bertujuh
Allah susun agar aku sedar bukan hanya derita buat aku di situ
malah masih ada kasih dalam hati aku pendam di bumi itu

dan petang selepas semuanya pergi
aku menjadi insan cengeng berendam air mata
duduk aku pada sudut katil tempat kita gurau senda

pada malam itu
dua mata menatap pada satu wajah
wajah yang memberi sinar bahagia
namun hari itu hanya terlihat duka
Allah,
aku pohon semangat untuknya
aku pohon bahagia dekatinya
aku pohon dipermudahkan segala baginya.

dan hari terakhir itu.
hanya tinggal aku.
melihat penderitaan insan mulia
kepergian kita menjadi sejuta duka buatnya
buat aku rasa berat untuk pergi meninggalkannya
kata-kata terakhirnya,
cucu cucu adalah kesayangannya

doaku,
moga terus kuat menahan rasa
moga terus semangat hadapinya
moga suatu hari nanti Allah ketemu semula kita
agar rindu yang baru dua hari berjauhan terlerai....
amen..ya rabbi.

mungkin jasad kita menjauh.tapi hati tidak akan pernah berhenti mengingati dan menyayangi.moga ukhwah ini terus kekal dan semat kukuh di sanubari.


ruang hampir setiap malam beradu.ruang kecil saat sakit bertamu.ruang makan bila kita dijamu.ruang rehat kita berkongsi rasa yang satu.dan kini melihat segalanya aku sendu dan pilu.


















kita berkongsi rasa yang sama.rasa kasih utuh selamanya.dan di saat perpisahan berlaku,kita masih berkongsi rasa itu.rasa bahawa kita saling memerlu dan merindu.