//i'm a noxious,didie noxious !
hEllo,i'm a didie noxious

trying hard to make wonderful memories



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! take a look of a noxious :D


tulang belakang dulu,kini.selamanya

setiap nafas dihela,tanda nikmat Allah buat kitaa hambaNya


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: DIDIE NOXIOUS
Others:   


t.a.r.i.k.h

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

bercuti dan merehatkan minda bagi menjalani semester tujuh yang bakal sibuk.kepenatan.dan pastinya bosan kerana penuh dengan buku.rancangan pengajaran selama duabelas minggu.dan muridmurid yang aku tidak pasti tahap 'kebaikan' kerenah mereka.selama percutian yang juga sibuk dengan segala hal duniawi aku menjadikan aku sukar untuk membersihkan sawangsawang di belog indah ini,erk -,,-

10.11.12
hampir seminggu aku sibuk mengerah keringat untuk majlis membina masjid buat along tersayang.rasanya belum pernah aku sesibuk ini.ternyata majlis perkahwinan itu tidak seseronok yang digembargemburkan.pihak along dan abang long,aku pasti mereka cukup bahagia kerana cinta mereka kini halal.

#wajah aku langsung tak ada dalam manamana gambar sehingga aku dipanggil oleh along dan abang long untuk bergambar bersamasama keluarga bahagia kami.
#terima kasih buat saudara yang sudi membantu ketika otak aku pening tahap dah beku nak mengingat segala perkara yang perlu aku settlekan dalam persiapan majlis.
#ampun maaf andai layanan aku sekeluarga tidak begitu baik sesungguhnya yang baik daripada Allah dan lemah itu datangnya daripada kelemahan kami sekeluarga sendiri.

ya Allah,jangan kau pecah belahkan kami setelah kau satukan hatihati kami.

18.11.12
majlis di pahang tentunya gembira. kerana aku tidak perlu lagi mengerah keringat tetapi ternyata watak guru kini semakin sebati.ahaa..penat kelola sepupusepupu pelbagai ragam.namun aku gembira dapat meluangkan masa bersamasama mereka.

ya Allah,semoga ikatan ini kekal hingga ke syurga

27.11.12
semasa berada dalam majlis di pahang,kesihatan tokwan sering kali menjengah minda.doa tidak pernah aku lupa untuk titipkan kepada beliau.semoga beliau cepat sembuh.namun Allah lebih menyayangi beliau.misscall daripada tok sudah cukup buat aku gementar untuk mendail semula.dalam sendu "tokwan dah takda didie".daripada Allah kita datang.kepada Allah kita kembali.

#kereta laju menghala ke utara untuk melawat jenazah dan syukur Allah memberi aku peluang menatap wajah tokwan buat kali terakhir.
#terima kasih kawan menemani ke kedah.
#semoga tok tabah menghadapi perjalanan hidup yang mendatang.

02.12.12
kehadiran rakan ke rumah bersamasama keluarga.semoga ukhwah kami kekal hingga ke syurga.


buat rakanrakan,semoga kalian bahagia bersamasama suami hingga ke syurga.