//i'm a noxious,didie noxious !
hEllo,i'm a didie noxious

trying hard to make wonderful memories



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! take a look of a noxious :D


tulang belakang dulu,kini.selamanya

setiap nafas dihela,tanda nikmat Allah buat kitaa hambaNya


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: DIDIE NOXIOUS
Others:   


refleksi kendiri!ada yang tak hantar lagi.tugu LAMPT?

aku sorang tak hantar lagi.maaf.saya takut dapat LAMPT!

--> EXAM
tidak banyak yang boleh aku huraikan.semoga dipermudahkan.sesungguhnya semester 6 telah dilalui dengan tabah.harap kejayaan menanti dipenghujungnya.amen!

--> RUMAH SEWA
berpindah buat kali yang ke4 termasuk asrama ^^ dan masih lagi pening kepala mengatur barang barang.semoga segalanya berjalan lancar.amen!

--> PERNIKAHAN
majlis ini yang pastinya bukan meraikan aku.jika iya,pasti hati aku paling gembira kerana sudah mampu membuang dia dari jiwa.atau mungkin kerana dia yang ditunggu merupakan tuan tulang rusuk kiri yang aku guna.apa pun, kesibukan tetap menguasai diri.semoga Allah permudahkan urusan segalanya.

-->PERSAHABATAN
kawan amat penting aku kira.kiraan korang aku tak tahu maknanya.tapi aku kawan dah macam separuh hidup di dunia.jika tidak,aku takkan pernah terluka kerana manusia yang bernama kawan.biasa.lidah sendiri  lagikan tergigit.ouch!berita tentang seorang kawan amat pedih.sehingga keputusan pulang ke kampung aku delay kerana dia mahu turun ke bumi jitra.dan entah bila mahu ke jitra lagi.apatah lagi dapat bersua muka.hidup hampir 4 tahun cukup berat untuk aku lupa.semoga kau biasa hidup di dunia baru kawan.sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kamu.yang pasti,mata takkan pernah jemu mengintai wajah di dalam gambar.hati takkan pernah berhenti bersedih kala otak teringat akan kisah kita.dan mata pasti tidak akan pernah lupa menitiskan air mata bila kenangan kita datang menjengah minda.dan kau sentiasa ada kala aku menadah tangan memohon pada yang Esa.

--> TAHUN 2013
semoga tahun depan aku berpeluang melihat dunia.terus belajar menghadapi dunia.berdiri tanpa perlu menanti pada yang sudah pergi tanpa menoleh lagi.dan tahun depan bila ada yang bertanya tentang bila mahu habis belajar.dengan senyuman manis,insyaAllah panjang umur murah rezeki hujung tahun ini.kupohon kemudahan dariMu ya Allah.amen!

--> PRAKTIKUM
welcome to Sk Darulaman Height *walaupun aku pendek.cita cita aku tinggi setinggi sekolahku syurgaku*sesungguhnya aku tahu apa yang telah ditetapkan adalah yang terbaik buat aku.

--. JODOH
wallahualam...hehehe :)

#tahun terakhir kami hanya tinggal 7
#tahun terakhir melihat bumi hijau kuning
#harap berpuluh tahun berikutnya diberi kesempatan menikmati bumi 'kejor yop kejor'
#aku doa moga kau bahgia