//i'm a noxious,didie noxious !
hEllo,i'm a didie noxious

trying hard to make wonderful memories



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! take a look of a noxious :D


tulang belakang dulu,kini.selamanya

setiap nafas dihela,tanda nikmat Allah buat kitaa hambaNya


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: DIDIE NOXIOUS
Others:   


kenapa bukan kau pilih seperti dia

semua pakat sibuk beraya.tak kurang juga member member yang ingin mendirikan rumah tangga.indah bunyinya =)

umur yang semakin meningkat memberi kesedaran kepada aku untuk belajar erti nilai persahabatan.maka,nilai itu membawa aku melangkah ke bandar teluk intan (yang hanya ada the store) untuk membeli buah tangan sebagai yang tak seberapa tanda ingatan kepada mereka yang ingin melayari bahtera.semoga bahtera mereka aman bahagia hendaknya.ameen!

nilai persahabatan itu buat aku tidak lupa juga kepada dia yang sedang merana.kita hanya manusia.tidak mampu menolak di saat bahagia menyapa.apa lagi lari dari kesedihan bersendiri.hidup ibarat roda.kadang kadang berada di atas.dan walaupun pahit perlu juga berada di bawah.tidak mengapa.roda tingginya tak seberapa.andai jatuh hanya seketika.kemudian kembali di atas semula.heh!

buat kau sahabat.aku bukan siapa siapa yang boleh duduk di hati kau sehingga mampu merasakan sakitnya dikecewakan.aku juga bukan ahli nujum yang bisa menyelami hati kau dengan hanya pandangan mata.tapi aku seorang sahabat yang hatinya akan terasa bahagia apabila kau disapa bahagia.dan turut terasa hiba dikala beban berat menghentam jiwa.

semoga kau ketemu bait bait bahagia.percayalah walaupun aku bukan kau, tapi aku pernah rasa menjalani garis kecewa yang sehingga kini aku tidak pasti di mana noktahnya.tapi aku pegang satu kata.doa untuk dia.kerana aku bahagia andai dia bahagia.

bahagialah sahabat.kenapa bukan kau pilih seperti dia.bahagia dengan cara hidup meninggalkan kau!

bersabarlah menanti peminjam tulang rusuk kirimu =)

Labels: