hEllo,i'm a didie noxious tulang belakang dulu,kini.selamanya Credits!
| aku satu per dua mereka kebelakangan ini aku sering menjadi tetamu. bukan biasa. tapi tetamu setia. setia kepada sudut yang bahagianya tiada. cukup cukuplah bicara tentang jiwa. kalo bicara tentangnya akan habis entah bila. ********************************** kisah hari ini. kisah kami. hanya ketika di awal pagi. oke. aku terasa nada aku di sini terlalu formal. perlu ditukar intonasi ini. ehem. seawal pagi bergerak ke ipda. sumpah spanjang sem ni kami tak pernah jejak seawal ini. waahh.pemandangan ipda syantek rupanya awal awal pagi begini. tak tau plak aku. *sambil tangan menggaru dagu *anda pula perlu buat freestyle menganga tanda terkesima mood sihat pulak. satu murid satu sukan. sangat bagos sebab boleh peluh melekit lekit. yuu~sangat geli tahu tak! tapi tak mengapa. jika lekit itu tali kepada rasa kasih. jika lekit itu rantai kepada rasa sayang. jika lekit itu padlock kepada rasa cinta. tak sempurna seorang dalam ini.tapi sempurna di dalam hati. maaf gambar bergoyang. tapi tidak dalam hati aku. malah langsung tidak pernah bergerak. langsung tidak pernah terusik. andai ada yang cuba datang mengusik. aku melihat mereka gembira. hati turut ketawa. tanpa sedar bibir tersimpul bahagia. kerana aku satu per dua mereka. Labels: bumi KEDAH |